IPOH – Golongan muda seawal usia 11 tahun antara yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah sintetik khususnya jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini membimbangkan dan memerlukan tindakan segera semua pihak.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak, Mohamad Nor Musa berkata, trend baharu penyalahgunaan dadah kini banyak melibatkan vape bercampur bahan terlarang, cecair sintetik serta bahan halusinogen seperti ‘magic mushroom’ dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan remaja.
Menurutnya, bahan tersebut mudah diperoleh, sukar dikesan dan dipromosikan secara meluas menerusi media sosial. – MGPerak





