Banjir: 43 orang ditempatkan di dua PPS di Perak

IPOH – Sebanyak 43 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang di Perak sejak malam tadi susulan banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor dibuka pada 1.30 pagi dengan menempatkan 37 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Matang Pasir di Larut, Matang dan Selama.

“Sebanyak enam orang daripada dua keluarga di Kampung Klah Baru pula berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru di Batang Padang yang dibuka pada 10.30 malam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorogi Malaysia memaklumkan berlaku ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam tadi di beberapa daerah antaranya Larut, Matang dan Selama; Kerian; Kuala Kangsar; Kinta serta Kampar. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI