Bot PATI karam: Dua mayat ditemukan, empat masih hilang

LUMUT – Dua lagi mayat lelaki dipercayai mangsa bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditemui pada petang dan malam tadi di perairan Pulau Pangkor dekat sini, menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini sebanyak 10 orang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat kesembilan ditemui kapal KD Sri Indera Sakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada kedudukan 4.5 batu nautika Barat Daya pulau tersebut sekitar jam 5.31 petang.

Katanya, mayat lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada Fast Combat Boat (FCB) 1002 milik TLDM pada 6.25 petang sebelum tiba di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, di sini jam 7 malam.

“Mayat ke-10 dijumpai nelayan kira-kira jam 7.40 malam pada kedudukan 3.6 batu nautika Timur Laut dari lokasi kejadian.

“Mayat lelaki itu diambil aset PSC 16 milik Pasukan Polis Marin (PPM) daripada vesel nelayan tempatan (VNT) yang menemukan mangsa, sebelum dibawa ke jeti.

“Aset PSC 16 tiba di Jeti PPM Kampung Acheh bersama mayat kira-kira jam 9.35 malam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, satu mayat dipercayai lelaki, ditemui aset PSC 16 kepunyaan PPM pada jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian awal pagi 11 Mei lalu, sebuah bot dipercayai membawa 37 PATI warga Indonesia dilaporkan tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika barat Pulau Pangkor.

Seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 10 mayat sudah ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bagi mengesan baki empat lagi mangsa yang masih hilang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bot PATI karam: Satu mayat lelaki ditemui, enam masih hilang 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI