Kesihatan Jaslinda stabil, masih perlukan pemantauan rapi

IPOH – Keadaan kesihatan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang selamat ditemukan selepas hilang di Gunung Batu Putih sejak kira-kira dua minggu lalu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, walau bagaimanapun, wanita itu yang kini berada di Hospital Tapah masih memerlukan pemantuan rapi oleh pasukan kesihatan.

Katanya, ia bagi memastikan proses pemulihan yang sedang dijalani pendaki wanita itu berjalan dengan baik.

“Tempoh rawatan dan kemasukan ke hospital akan ditentukan berdasarkan perkembangan keadaan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Pada Sabtu media melaporkan Jaslinda berjaya ditemukan oleh masyarakat Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah kira-kira jam 3 petang.

Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah kemudian telah memberi rawatan awal kepada Jaslinda sebelum membawanya ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati pendaki wanita itu mengalami kecederaan ringan.

Kata beliau, selain gigitan serangga turut terdapat luka kecil pada bahagian kepala mangsa akibat dipercayai terjatuh beberapa kali termasuk di kawasan sungai ketika berusaha meredah laluan mencabar.

Sebelum itu, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian ‘Trans Spencer Chapman’ pada jam 2 pagi 23 Mei lepas, melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti.

Bagaimanapun wanita itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilaporkan dilihat oleh MGP pada jam 7.30 pagi, 24 Mei. – MG Perak

 

Arikel Berkaitan:

Jaslinda bertahan minum air embun, makan tumbuhan liar – Bomba

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI