MGPerak: Jaslinda Zahir Hasrat Mahu Hadir Konvokesyen Anak

4

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat pada Sabtu lalu selepas dua minggu dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, wanita itu kelihatan ceria dan bersemangat ketika beliau melawatnya bersama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan di Hospital Tapah, hari ini.

Menurutnya, wanita itu turut menyuara hasrat selain ingin menghadiri majlis konvokesyen anaknya, beliau juga ingin kembali bekerja seperti sebelum ini. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini