IPOH – Polis telah merakamkan keterangan 36 individu berhubung kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dua minggu hilang di Gunung Batu Putih.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, 28 individu melibatkan peserta pendakian, rakan-rakan dan suami wanita itu diambil keterangan berhubung kes orang hilang manakala lapan lagi, termasuk Jaslinda berhubung kes fitnah Tok Batin.
Menurutnya, seorang pengguna TikTok telah direman empat hari bermula Jumaat kerana didakwa memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh dekat Tapah berhubung penemuan wanita itu. – MGPerak





