MGPerak: Suspek Tikam Lelaki, Rogol Bekas Teman Wanita Di Tahan Polis

57

IPOH – Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai membunuh teman lelaki bekas kekasihnya serta merogol wanita terbabit dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Trans Perak dekat Kampung Gajah pada Rabu lalu kurang 24 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek terbabit ditahan hasil operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak dan JSJ Perlis di Terminal Bas Perlis Sentral Kangar, Perlis jam 3.45 petang semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek telah bertemu bekas teman wanitanya berusia 25 tahun di kawasan sawah padi pada jam 9 pagi, Selasa lalu bagi membincangkan masalah hubungan mereka. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini