IPOH – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap etnik Rohingya bagi mengelakkan perlanggaran undang-undang atau mencetuskan ketegangan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, sebarang tindakan terhadap individu yang melakukan kesalahan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira latar belakang mereka.
Menurutnya, setakat ini tiada aduan spesifik mengenai perkara berkaitan etnik Rohingya tapi jika mereka terlibat dalam jenayah, polis akan ambil tindakan berasaskan kepada undang-undang. – MGPerak





