13,692 siri Program Jualan Rahmah Madani dilaksana KPDN

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan sebanyak 13,692 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari sehingga 13 Jun tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Datuk Fuziah Salleh, daripada jumlah itu, sebanyak 974 telah dilaksanakan di 42 dewan undangan negeri (DUN) di Pahang iaitu melebihi 40 peratus sasaran pelaksanaannya tahun ini.

“Sekarang kita sedang meningkatkan lima kali sebulan (PJRM) di setiap DUN di seluruh negara.

“Diharap dapat membantu rakyat Malaysia dalam menangani kos sara hidup, geopolitik, krisis Asia-Barat sekiranya ada kenaikan harga disebabkan oleh kuasa luaran,” katanya.

Fuziah berkata demikian ketika ditemui selepas Majis Perasmian Program Jualan Rahmah Madani sempena pembukaan baharu Pantai Selamat Seindah di Bandar Kuantan Putri, di sini hari ini.

Jelasnya, hasil nilai jualan PJRM di Pahang dianggarkan sekitar RM66 juta bagi tahun 2025 yang dimanfaatkan lebih 2 juta isi rumah di negeri ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihak KPDN tidak menerima aduan mengenai warga asing membeli minyak masak paket seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Beli minyak masak pun kena ‘scan’ kad pengenalan melalui Sistem Skim Pentstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS). Ini cara memastikan tidak berlaku ketirisan subsidi kepada bukan warganegara.

“Setakat ini, maklumbalas kita terima mengenai eCOSS mendapati minyak masak paket mudah didapati, maksudnya tidak berlaku ketirisan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan berlaku ketirisan subsidi minyak masak paket berlaku membabitkan pembelian oleh warga negara asing baru-baru ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI