Perak peruntuk lebih RM1.37 juta insentif untuk 324 pesara kerajaan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan lebih RM1.37 juta bagi pemberian insentif persaraan tahun 2025 sebagai penghargaan melibatkan 324 pesara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), setiap pesara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan ditetapkan akan menerima insentif berjumlah RM4,000.

Menurutnya, selain insentif, cenderamata persaraan bernilai RM600 turut diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan awam.

“Pemberian insentif ini adalah penghargaan kerajaan negeri kepada pesara yang telah menabur bakti dan menyumbang kepada pembangunan Perak sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Perak peruntuk lebih RM1.37 juta insentif untuk 324 pesara kerajaan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan insentif kepada pesara kerajaan negeri Perak pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 4 Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 15 JUN 2026.

“Secara keseluruhan, seramai 324 pesara layak menerima insentif ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi pemberian insentif tahun 2025 adalah sebanyak RM1,374,400.

“Kesemua pesara akan menerima insentif berkenaan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri 4 Tahun 2026, di Stadium Indera Mulia, di sini pada Isnin.

Terdahulu, Saarani menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif kepada Pesara Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2025 kepada 10 orang wakil pesara yang telah bersara dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2025. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

399 pesara kerajaan negeri Perak terima insentif

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI