Dadah: Polis tahan 22 lelaki termasuk warga Kemboja di Labu Kubong

TELUK INTAN – Polis menahan 22 lelaki termasuk warganegara Kemboja yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Labu Kubong, di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, operasi dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Katanya, mereka yang ditahan dalam operasi berkenaan terdiri daripada 18 lelaki tempatan termasuk dua daripadanya masyarakat Orang Asli, serta empat lelaki warga Kemboja yang kesemuanya berusia antara 18 hingga 58 tahun.

“Turut dirampas dalam operasi berkenaan pelbagai jenis dadah berbahaya iaitu heroin seberat 55.62 gram dan methamphetamine atau syabu seberat 9.05 gram.

“Susulan tangkapan dan rampasan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurut beliau, polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah tanpa kompromi demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya menjauhi sebarang aktiviti berkaitan dadah serta tampil menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai informasi berhubung kegiatan penyalahgunaan atau pengedaran dadah,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis siasat aspek tatatertib susulan penemuan dadah, senjata dalam lokap

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI