“Saya hormati keputusan mahkamah,” kata Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Syed Saddiq Abdul Rahman menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan susulan penangguhan keputusan rayuan pendakwaan terhadapnya pada 13 Julai depan.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, isu berkaitan kesihatan melibatkan salah seorang panel hakim adalah di luar jangka.

“Saya menghormati keputusan Yang Arif Hakim dan saya hormat Institusi Kehakiman Negara yang merupakan benteng terakhir bagi individu seperti saya mendapat keadilan.

“Bukan melalui jalan pintas atau layanan istimewa tetapi melalui perbicaraan fakta dan data di bawah institusi kehakiman itu.

“Saya faham perkara ini memang tidak dijangka, sebab itu agak sukar saya berikan apa-apa komen atau ulasan,” katanya dalam sidang media di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika hadir bagi mendengar keputusan rayuan akhir untuk mengetepikan pembebasannya bagi sabitan dan hukuman kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 JUN 2026

Tambah Syed Saddiq, beliau juga telah bersiap sedia menghadapi apa jua keputusan hari ini selepas enam tahun berdepan kes itu.

“Kes ini bukan kes baharu, sudah enam tahun saya berentap untuk mendapatkan keadilan, membersihkan nama saya, intergriti dan maruah saya. Kalau perlu menunggu lagi dua minggu, saya akur dan patuh,” ujarnya.

Ditanya sama ada akan turun untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan penangguhan keputusan hari ini,  Syed Saddiq berkata: “Saya akan memberi tumpuan bersama peguam serta keluarga bagi mendapatkan keadilan yang kami perjuangkan di mahkamah terlebih dahulu”.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada sidang media selepas prosiding rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasannya dalam kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA), dengan Mahkamah menetapkan 13 Julai 2026 sebagai tarikh keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 30 JUN 2026.

 

Dalam pada itu, peguam pembelaaan Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Tiek menyifatkan penangguhan hari ini adalah perkara yang tidak pernah berlaku sepanjang pengalamannya mengendalikan kes.

This is unprecedented. First time in our practice. First time in our experience,” (“Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kali pertama dalam amalan kami. Kali pertama dalam pengalaman kami,”) katanya secara ringkas pada pemberita.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin berkata, penangguhan keputusan sedemikian kebiasaan berlaku dan semua pihak perlu bersabar selain mendoakan Hakim Che Ruzima segera sembuh.

Terdahulu, pengamal media dan penyokong Syed Saddiq mula hadir memenuhi Istana Kehakiman pada 7.30 pagi bagi mendengar keputusan hari ini.

Turut hadir  ibu dan bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta tunangnya yang juga aktres Bella Astillah.

Selain itu kelihatan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan bekas Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun. – MalaysiaGazette

Keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai, hakim bercuti sakit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI