IPOH – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi menyokong penganjuran pelbagai program sempena Bulan Muzik Bandaraya Ipoh yang berlangsung sepanjang Julai hingga pertengahan Ogos depan.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM50,000 untuk memastikan acara berkaitan berjalan lancar sepanjang bulan berkenaan.
Menurutnya, antara program terbesar yang diadakan adalah Harmony Music Cup Pertandingan Muzik Antarabangsa Ke-3 anjuran Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh. -MGPerak





