MGPerak: APC Perkukuh Budaya Kerja Cemerlang, Lahir Organisasi Profesional, Berintegriti

40

IPOH – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi individu, sebaliknya menjadi simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang demi memastikan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak terus diyakini rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, kecemerlangan sesebuah organisasi tidak dibina melalui pencapaian individu semata-mata tetapi menerusi budaya kerja yang berteraskan integriti, profesionalisme, semangat berpasukan dan iltizam untuk sentiasa memberikan yang terbaik.

Menurutnya, pengiktirafan yang diterima wajar disyukuri, namun pada masa yang sama ia membawa satu tanggungjawab yang lebih besar. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini