TANJUNG MALIM – Peserta dan waris FELCRA Berhad Seri Gala yang menerima geran hak milik tanah di bawah Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK) perlu memanfaatkannya sebaik mungkin kerana masih ramai yang menantikan peluang sama.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, seramai 47 peserta menerima baki geran hak milik pada majlis berkenaan, menjadikan keseluruhan penerima kini seramai 89 orang termasuk 42 peserta yang telah menerima geran pada tahun lalu. -MGPerak





