Ibu, dua anak perempuan ditemukan meninggal dunia dalam rumah

IPOH – Seorang wanita bersama dua anak perempuannya ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 9.10 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun bersama dua anak perempuannya masing-masing berusia 12 dan 11 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Turut ditemui sebuah bekas dipercayai mengandungi sisa pembakaran arang yang telah dibakar di dalam bilik tersebut.

“Pemeriksaan awal oleh Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian manakala bedah siasat dijadualkan hari ini bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Muhammad Najib menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga siasatan selesai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita warga Myanmar ditemui mati disyaki dibunuh

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI