Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor

IPOH – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu itu pada 10.31 pagi.

“Anggota APMM bersama Bot Penggalang 1639 yang tiba di lokasi pada 11.22 pagi mendapati mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek.

“Siasatan awal mendapati mayat dijumpai terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada APMM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI