Jumpa mayat wanita dalam beg pakaian: Polis siasat sebagai kes bunuh

KUALA KANGSAR – Penemuan mayat seorang wanita di dalam beg pakaian yang terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini petang tadi diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan penemuan mayat berkenaan pada jam 3.12 petang.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita berusia lingkungan 30 tahun, namun identitinya masih belum dikenal pasti. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Taiping dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menimbulkan provokasi berkaitan kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 05-776 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Beg pakaian berisi mayat ditemukan terapung di Sungai Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI