Beg pakaian berisi mayat ditemukan terapung di Sungai Perak

KUALA KANGSAR – Orang awam dikejutkan dengan penemuan sebuah beg pakaian berisi mayat selepas ditemui terapung di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini hari ini.

Difahamkan, mayat dipercayai seorang wanita itu ditemukan orang awam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 4 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan pihak polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, anggota bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini anggota bomba masih melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tragedi mesin padi jatuh sungai: Mayat remaja dijumpai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI