Sultan Nazrin berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja, Negara

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Perak 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Sabtu.

Turut berangkat ke program, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir mengiringi baginda berdua, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sultan Nazrin Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keyphrase synonyms: Sultan Perak Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Sultan Nazrin Shah Bulan Kemerdekaan, Sultan Nazrin program kemerdekaan Perak, Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Perak 5 Related keyphrase: Sultan Nazrin Shah Perak Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Perak Bulan Kemerdekaan Perak 2026 Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim 214,095 penyertaan murid Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menyampaikan trofi kepada penerima pada Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2026.

Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri itu bermatlamat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai identiti nasional dengan pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Terdapat beberapa acara atau pertandingan yang dianjurkan antaranya, pidato, menulis esei, mengarang sajak, melukis karikatur, melukis poster, bicara berirama, ‘choral speaking’ serta koir.

Persembahan Bicara Irama pada Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2026.

Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pada Sabtu turut diserikan dengan persembahan daripada semua pemenang pertandingan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar ketika menyampaikan sembah ucapan berkata, penganjuran pada tahun ini mencatatkan 214,095 penyertaan dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah.

Beliau berkata, program berkenaan dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah, daerah, dan diikuti ke peringkat negeri, merangkumi 20 kategori acara yang dipertandingkan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menyampaikan trofi kepada penerima pada Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2026.

“Program ini bukan sahaja mendapat sambutan yang amat menggalakkan, malah terus berkembang sebagai salah satu wadah penting dalam mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta memperkasa potensi murid dalam pelbagai bidang yang dipertandingkan.

“Peningkatan penyertaan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya turut membuktikan bahawa program ini semakin mendapat tempat dan terus menjadi platform yang signifikan,” katanya.

Sultan Nazrin Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keyphrase synonyms: Sultan Perak Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Sultan Nazrin Shah Bulan Kemerdekaan, Sultan Nazrin program kemerdekaan Perak, Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Perak 5 Related keyphrase: Sultan Nazrin Shah Perak Program Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Perak Bulan Kemerdekaan Perak 2026 Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim 214,095 penyertaan murid Perak
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berucap pada Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2026.

Pada program, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara pidato, bicara berirama, sebutan korus dan koir bagi peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Baginda juga berkenan menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Pejabat Pendidikan Daerah serta wang tunai RM20,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

Tuanku Zara pula berkenan menyampaikan hadiah kategori pertandingan menulis esei, mengarang sajak, melukis poster dan melukis karikatur, bagi kategori sama. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan rasmi Tugu Satria Perkasa Briged Utara PGA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI