Sultan Nazrin berkenan rasmi Tugu Satria Perkasa Briged Utara PGA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Tugu Satria Perkasa Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di PGA Ulu Kinta, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 2.30 petang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Turut mengiringi ketibaan baginda, Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sejurus tiba, Sultan Nazrin menandatangani buku pelawat dan disusuli sembah ucapan oleh Mohd Khalid.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Tugu Satria Perkasa Briged Utara PGA
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Tugu Satria Perkasa Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di PGA Ulu Kinta, Ipoh, pada Jumaat.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Pada majlis itu, baginda menandatangani plak sebagai simbolik perasmian, seterusnya diikuti bacaan doa bagi memperingati wira-wira yang dipimpin Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PGA, Mohd Razif Abdul Rahim.

Seterusnya, Sultan Nazrin menyantuni waris perwira negara yang terkorban dalam operasi dan veteran VAT 69 Komando.

Kemudian, baginda meluangkan masa melihat Panel Perwira yang Terkorban memaparkan ukiran nama 68 perwira yang berkorban nyawa berhampiran tugu tersebut sebelum berangkat pulang pada jam 3 petang.

Terdahulu, Sultan Nazrin menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Briged Utara PGA. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin rasmi Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI