Wedding Fair 2026 perkukuh jaringan usahawan industri perkahwinan

IPOH – Penganjuran Wedding Fair 2026 bukan sahaja memudahkan bakal pengantin untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan perkahwinan di bawah satu platform, malah berperanan membina jaringan dalam kalangan usahawan serta memberi manfaat kepada ekonomi negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, platform berkenaan memberi peluang kepada usahawan dalam sektor industri perkahwinan untuk memperluas jaringan serta meneroka peluang perniagaan baharu.

Menurutnya, program anjuran Galasa Caldwell itu memasuki tahun ketiga dengan penyertaan terbesar sebanyak 28 vendor.

“Wedding Fair 2026 menghimpunkan usahawan dalam sektor industri perkahwinan serta menjadi one-stop centre bagi bakal pengantin dan keluarga yang sedang mencari perkhidmatan.

“Program ini telah dianjurkan selama tiga tahun berturut-turut dan tahun ini merupakan penganjuran yang paling besar setakat ini.

“Saya nampak ini memang satu inisiatif yang bagus bukan sahaja dapat memudahkan bakal pengantin dan keluarga.

“Ia juga membina satu jaringan untuk usahawan kerana urusan perkahwinan melibatkan satu ekosistem yang sangat meluas,” katanya.

Wedding Fair 2026 perkukuh jaringan usahawan industri perkahwinan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika melawat vendor yang terlibat dalam Wedding Fair 2026 di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto Rosdalilah Zahari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wedding Fair 2026 di Galasa Caldwell di sini, malam tadi.

Sandrea berkata, platform sedemikian penting bagi membantu pengusaha industri perkahwinan mendapatkan peluang baharu selain membina hubungan perniagaan yang boleh menyumbang kepada perkembangan sektor berkenaan.

Dalam pada itu, Sandrea berkata, kepelbagaian penyertaan vendor pada acara tersebut turut menunjukkan potensi platform berkenaan untuk terus berkembang dengan menghimpunkan lebih ramai pengusaha daripada pelbagai latar budaya.

“Jadi, saya percaya apabila platform ini memang nampak ada sambutan, ia akan terus berkembang dengan menghimpunkan lebih ramai pengusaha daripada pelbagai latar belakang.”

“Sebelum ini, di Perak pun ada satu acara yang dinamakan ‘Jom Kahwin’ yang lebih kepada kebudayaan dan pelancongan untuk memperkenalkan budaya masyarakat berlainan serta perkahwinan adat budaya.

“Daripada situ pun saya nampak memang ini satu inisiatif yang bagus yang kita boleh ambil melalui perihal perkahwinan ini, bagaimana kita nak mengembangkan untuk usahawan dan peluang perniagaan, perkhidmatan dan sebagainya,” ujarnya.

Wedding Fair 2026 berlangsung dari 4 hingga 6 September dari jam 10 pagi hingga 9 malam (Sabtu) dan 10 pagi hingga 6 petang (Ahad). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Insentif RM500 Pra Perkahwinan Anak Muda Perak diperhalusi, sebelum dibawa ke MMK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI