Tiga pekerja kilang ditahan disyaki curi bahan produksi bernilai RM355,000

IPOH – Tiga pekerja sebuah kilang di kawasan perindustrian Pulai Jaya di sini ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes kecurian bahan produksi yang digunakan dalam pembuatan komputer bernilai RM355,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak syarikat semalam selepas menyedari kehilangan bahan yang digunakan bagi proses pengeluaran.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati sebanyak 64 gulung bahan produksi hilang dari premis berkenaan.

“Susulan laporan tersebut, polis menahan tiga pekerja syarikat terbabit terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 28 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan.

“Kesemua mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan bahan produksi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan mencuri dalam bangunan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Ipoh pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman.

“Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan jumlah sebenar bahan yang hilang, nilai kerugian keseluruhan serta mengenal pasti peranan setiap individu yang terlibat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki ditahan curi kabel elektrik, sekolah rugi RM50,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI