IPOH – Kerajaan Perak menganggarkan 38 peratus projek hidroponik dan fertigasi di daerah Kinta dan Kampar telah menggunakan teknologi berasaskan internet pelbagai benda (IoT), selaras usaha memperkukuh penerapan Pertanian Pintar (Smart Farming) bagi meningkatkan produktiviti pertanian di Lembah Kinta.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, penerapan teknologi pertanian pintar dilihat sebagai antara pendekatan penting bagi menangani kekangan sumber tanah yang semakin terhad, khususnya di kawasan Lembah Kinta. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





