Cerun runtuh: PLUS, LLM tingkat pemantauan, laluan selamat dilalui pengguna

IPOH – Hakisan tanah yang berlaku pada Jumaat lalu berhampiran Terowong Menora di Kilometer (KM) 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, adalah terkawal dan laluan berkenaan selamat untuk dilalui pengguna.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keadaan itu adalah hasil pemantauan secara strategik yang dilaksanakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Menurutnya, pemantauan menggunakan kaedah dron antaranya yang dilaksanakan bagi melihat keadaan di atas lokasi insiden serta kawasan di seberang untuk mengenal pasti sekiranya terdapat punca air lain yang boleh melemahkan pergerakan tanah.

“Ini antara tindakan yang dibuat. Mereka telah tutup kawasan itu supaya kalau ada hujan lebat pun, air tidak meresap semula. Itulah kerja-kerja awalan.

“Sebagai langkah mitigasi awal untuk keselamatan pengguna, PLUS telah memasang lapisan pelindung permukaan dan menempatkan penghadang konkrit di bahu jalan kawasan terjejas.

“Selain itu, PLUS juga sedang melaksanakan kerja pemasangan kabel serta jaring penahan batu sebagai perlindungan tambahan di lokasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian di Pusat Kawalan Menora, di sini hari ini.

Cerun runtuh: PLUS, LLM tingkat pemantauan, laluan selamat dilalui pengguna
Pihak PLUS telah memasang lapisan pelindung permukaan lokasi kejadian cerun runtuh di kilometer (KM) 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora ke Jelapang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2026.

Hadir sama, Pengarah Wilayah Utara LLM, Ir Ts Muhd Yusrizan Mohd Yusof dan Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz.

Di samping itu, pemantauan turut dilakukan melalui rondaan pasukan PLUSRonda dari semasa ke semasa dan sekiranya ada tanda-tanda lain mereka akan mengambil tindakan secepat mungkin.

“PLUS telah mengaktifkan pemantauan 24 jam melalui CCTV dan menempatkan petugas di lokasi tersebut bagi memantu keadaan secara berterusan sepanjang kerja-kerja penambahbaikan dijalankan.

“Pada masa sama, PLUS juga sedang melaksanakan kerja pemasangan kabel serta jaring penahan batu sebagai perlindungan tambahan di lokasi berkenaan,“ ujarnya.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, faktor hujan lebat menjadi adalah punca utama kejadian berkenaan.

“Kalau kita lihat dia (hujan) lebih daripada paras biasa iaitu 65 milimeter (mm), biasanya lebih kurang 40mm.

“Hujan lebat sangat, jadi barangkali daya ketahanan, pokok-pokok yang letak di lokasi itu agak lemah dan pokok-pokok tu pun tumbang.

“Memang punca utamanya adalah oleh kerana hujan lebat dan ada sedikit elemen pergerakan tanah sehingga menyebabkan pokok itu akan turun ke bawah,“ katanya.

Terdahulu, media melaporkan satu kejadian cerun runtuh berlaku di KM263.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dari Terowong Menora menuju Ipoh mengakibatkan kesesakan trafik sehingga 15 kilometer. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tanah runtuh dekat Terowong Menora, PLUS pantau keselamatan laluan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI