MGPerak: Sungai Kerang: Dari Lubuk Pemancing Ke Destinasi Agropelancongan

106

BUKIT GANTANG – Kehadiran pemancing dari luar kawasan ke Sungai Kerang bukan sekadar menghidupkan aktiviti kelong di Sungai Kerang, malah mencetuskan rantaian ekonomi kepada penduduk setempat menerusi sektor penginapan, makanan, jualan hasil laut dan bekalan umpan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, perkembangan aktiviti memancing di kawasan itu kini memberi limpahan ekonomi kepada pelbagai kelompok masyarakat, sekali gus membuka ruang untuk Sungai Kerang dibangunkan sebagai destinasi agropelancongan.

Menurut beliau, jumlah kelong di kawasan berkenaan kini meningkat kepada hampir 20 berbanding dua kelong sebelum ini, dengan kunjungan pemancing yang tidak putus-putus. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini