Tiga pelajar IPTS warga asing ditahan susulan kes bunuh lelaki

IPOH – Polis menahan tiga pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) warga asing dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang lelaki tempatan di kawasan Kampung Kuchai, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa yang berusia 53 tahun telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan terbaring serta mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa menerima rawatan di hospital selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia semalam pada jam 6.42 petang.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata, susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan tiga individu warga asing berusia antara 17 hingga 20 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

“Ketiga-tiga suspek merupakan pelajar sebuah IPTS di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,“ ujarnya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-245 1500 atau mana-mana balai polis berhampiran,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI