MDBG PBT pertama perkasa komuniti tangani isu haiwan ternakan merayau

BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang memberikan kuasa perundangan secara berstruktur kepada komuniti dalam mengurus isu haiwan ternakan merayau.

Setiausaha MDBG, Muazatul Adawiyah Muhammad, berkata, inisiatif perintis itu mendapat kelulusan penuh daripada Kerajaan Negeri Perak yang membolehkan pasukan jawatankuasa tempatan bertindak di bawah kerangka Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MDBG) 2012.

Katanya, melalui usaha itu, seramai 16 Pengerusi dan Setiausaha JPKK dari Mukim Tronoh, Lahat, Tanjung Tualang, Sungai Raya dan Sungai Terap dilantik sebagai ejen komuniti atau Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau MDBG.

Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Muazatul Adawiyah Muhammad pada sidang media Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau MDBG di Auditorium, Majlis Daerah Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 SEPTEMBER 2026.

“Inisiatif ini adalah kemuncak gerak kerja yang disusun sejak Julai lalu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, manakala latihan dan penyelarasan bersama agensi berkaitan dilaksanakan sepanjang Ogos lalu.

“Ejen komuniti ini bertanggungjawab mengenal pasti haiwan merayau dalam lokaliti masing-masing, membuat ‘geotagging’ atau pengetagan lokasi serta memaklumkan kedudukan kepada penguat kuasa MDBG sebelum tindakan tangkapan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK sebagai Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau MDBG yang disempurnakan disempurnakan Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli, di sini, pada Khamis.

Menurut Muazatul Adawiyah, pelantikan berkenaan berkuat kuasa selama setahun bermula 1 Oktober depan hingga 30 September 2027 dan projek rintis itu akan dinilai semula sebelum sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan dibuat.

Focus keyphrase: haiwan ternakan merayau Keyphrase synonyms: haiwan merayau, ternakan merayau, haiwan ternakan berkeliaran, isu haiwan merayau Related keyphrases — 4 untuk Yoast Premium: MDBG haiwan merayau Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau penguatkuasaan haiwan merayau haiwan ternakan Batu Gajah Related keyword tambahan: komuniti tangani haiwan merayau
Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Muazatul Adawiyah Muhammad pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau MDBG di Auditorium, Majlis Daerah Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 SEPTEMBER 2026.

Jelas beliau, inisiatif itu diwujudkan susulan aduan masyarakat setempat selama ini berhubung gangguan haiwan ternakan merayau yang menimbulkan ketidakselesaan, kerosakan harta benda serta risiko kemalangan termasuk kemalangan maut, khususnya di jalan raya utama.

“Kuasa ini diturunkan oleh Yang Dipertua kepada ejen komuniti yang dilantik dan setiap tindakan perlu dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan, termasuk membuat laporan kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam selepas tangkapan.

“Kita juga memberi latihan teori dan amali dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan mereka memahami aspek undang-undang, kaedah penguatkuasaan dan kebajikan haiwan,” katanya.

Mengulas tentang penggunaan sistem geotagging, Muazatul Adawiyah berkata, ia berfungsi sebagai mekanisme pengesahan bagi mengelakkan penyalahgunaan inisiatif, termasuk tuntutan membabitkan haiwan dari luar kawasan pentadbiran Batu Gajah.

Focus keyphrase: haiwan ternakan merayau Keyphrase synonyms: haiwan merayau, ternakan merayau, haiwan ternakan berkeliaran, isu haiwan merayau Related keyphrases — 4 untuk Yoast Premium: MDBG haiwan merayau Agen Komuniti Pengurusan Haiwan Merayau penguatkuasaan haiwan merayau haiwan ternakan Batu Gajah Related keyword tambahan: komuniti tangani haiwan merayau
Pelan sekitar Majlis Daerah Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 SEPTEMBER 2026.

“Bagi setiap tangkapan yang dibuat, ejen komuniti akan menerima inisiatif RM500 yang disalurkan sepenuhnya ke akaun rasmi JPKK atau persatuan berdaftar dan bukan akaun individu.

“Setiap lokaliti juga akan dipasang notis bagi memaklumkan kepada orang awam dan penternak bahawa kawasan berkenaan berada di bawah seliaan ejen komuniti yang dilantik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MDBG, Mohd Faizal Azizi, berkata, berdasarkan rekod PDRM, terdapat dua kes kemalangan maut berkaitan haiwan pada 2025 berbanding satu kes sehingga Ogos tahun ini, manakala kes kerosakan harta benda menurun daripada 125 kes kepada 122 kes bagi tempoh sama.

Beliau berkata, data lokasi yang dikumpulkan menerusi pelaksanaan inisiatif berkenaan akan membantu MDBG menyusun operasi penguatkuasaan secara lebih berfokus, selain meningkatkan keselamatan serta penglibatan komuniti dalam menangani isu haiwan merayau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DUN Perak bentang usul Enakmen Berkaitan Pengawalan Haiwan Berkeliaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI