Seorang maut, seorang lagi cedera nahas dua kenderaan di Lebuhraya Ipoh-Lumut

IPOH – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Ipoh-Lumut, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang maut ialah seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic.

Menurutnya, seorang lagi mangsa, lelaki berusia 34 tahun, yang merupakan pemandu kereta jenis Proton Saga, mengalami kecederaan.

“Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.14 petang dan setibanya di lokasi didapati kereta Proton Saga musnah terbakar kira-kira 90 peratus akibat kemalangan tersebut.

“Pemandu kereta Proton Saga berjaya keluar dari kenderaan, manakala seorang lagi mangsa ditemui tersepit di dalam kereta Honda Civic sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi membuat penilaian di lokasi dan mengaplikasikan konsep RECEO sebelum menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum ketua operasi mengaplikasikan konsep SAVER bagi melaksanakan kerja-kerja menyelamat.

“Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan pengusung sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu itu tamat sepenuhnya pada jam 5.08 petang,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua remaja maut, motosikal dinaiki masuk parit selepas berlanggar dengan kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI