IPOH – Seorang pekerja buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri sejak tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak atas kesemua pertuduhan yang dijalankan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





