Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah tarik 1,700 peserta, pacu pelancongan Bagan Datuk

BAGAN DATUK – Hujan tidak menghalang 1,700 peserta dari dalam dan luar negara untuk meneruskan Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah 2026 yang berlangsung pada hari ini.

Program yang memasuki penganjuran kali ketiga tahun ini turut mendapat penyertaan 37 peserta antarabangsa dari Australia, Indonesia, Singapura, Perancis, India, Nepal dan Thailand.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam larian itu, membabitkan jarak 21 kilometer (km), 10km dan 5km.

Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah tarik 1,700 peserta, pacu pelancongan Bagan Datuk
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan hadiah tempat pertama kategori 21 Kilometer Lelaki Vateran pada majlis penyampaian hadiah Program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Daerah Bagan Datuk di Tapak Pasar Malam Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OKTOBER 2026.

Kategori 5km mencatatkan penyertaan tertinggi dengan 759 peserta, diikuti kategori 21km seramai 575 peserta, manakala kategori 10km melibatkan 366 peserta.

Upacara pelepasan dan penamat larian berlangsung di Tapak Pasar Malam Bagan Datuk, yang menjadi lokasi tumpuan peserta dan pengunjung sepanjang program berkenaan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah tarik 1,700 peserta, pacu pelancongan Bagan Datuk
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama pemenang kategori 21 Kilometer terbuka wanita pada majlis penyampaian hadiah Program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Daerah Bagan Datuk di Tapak Pasar Malam Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OKTOBER 2026.

Penganjuran acara berkenaan bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah membuka peluang untuk memperkenalkan Bagan Datuk sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai daya tarikan tersendiri, khususnya menerusi keunikan Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Kehadiran peserta dari pelbagai negara juga berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi setempat apabila pengunjung berpeluang mendapatkan makanan, menggunakan perkhidmatan penginapan serta mengunjungi lokasi menarik di sekitar daerah berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Yutaro muncul juara larian denai UTMB tebus kegagalan di Thailand

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI