Banjir Perak: Jumlah mangsa di Hilir Perak kini 380 orang

TELUK INTAN – Jumlah mangsa banjir menurun kepada 380 orang membabitkan 108 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak di sini, setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi satu kenyataan berkata, setakat ini seramai 257 orang daripada 73 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Menurutnya, bilangan mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan MPTI Langkap pula adalah seramai 123 orang melibatkan 35 keluarga.

“Mangsa banjir yang ditempatkan di kedua-dua pps itu terdiri daripada penduduk Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 11½ Jalan Bidor, Kampung Batu 8 Changkat Jong Felcra, Kampung Batu 7½ Jalan Changkat Jong, Kampung Batu 10 Changkat Jong dan Ladang Moccis,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam kenyataan memaklumkan hanya paras air di Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang merekodkan bacaan waspada pada 21.89 meter. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: Jumlah mangsa di Hilir Perak terus meningkat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI