IPOH – Kerajaan Negeri Perak menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti sebanyak 50 cerun berisiko berdepan kejadian tanah runtuh susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga awal tahun depan.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 42 cerun telah dipulihkan manakala lapan lagi masih dalam pemantauan kerana dikenal pasti berisiko mengalami kejadian sama.
Menurutnya, kawasan yang dikenal pasti mempunyai cerun berisiko termasuk daerah Kinta, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





