IPOH – Sebanyak RM92.53 juta peruntukan disalurkan bagi melaksanakan 194 projek naik taraf pasar awam dan pusat penjaja di seluruh negeri Perak bagi tempoh tahun 2023 hingga 2026.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Sandrea Ng Shy Ching berkata, projek berkenaan melibatkan pelbagai skop kerja termasuk penambahbaikan ruang niaga, sistem perparitan, bumbung, tandas awam, pencahayaan serta kemudahan untuk peniaga dan pengunjung.
Katanya, daripada jumlah projek berkenaan, sebanyak 43 projek diluluskan pada tahun 2023 dengan peruntukan RM10.29 juta, diikuti 66 projek bernilai RM30.89 juta pada 2024. -MGPerak
#MGPerak #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030





