MGPerak: Lenggong Cipta Rekod Asia, Hasilkan Lebih 5,000 Hidangan Kebebe Sehari

65

LENGGONG – Daerah Lenggong meraih satu lagi pencapaian antarabangsa apabila diiktiraf Asia Records menerusi penghasilan lebih 5,000 hidangan kebebe iaitu makanan tradisional daerah itu dalam tempoh sehari.

Pengiktirafan menerusi rekod ‘Most Servings of Traditional Lenggong Kebebe Prepared in a Single Day in 2026’ itu menjadikan Lenggong pemegang rekod pertama bagi pencapaian berkenaan.

Kejayaan itu dicapai menerusi penyertaan 300 peserta membabitkan 100 kumpulan yang menyediakan hidangan kebebe secara serentak dalam satu acara menumbuk kebebe sempena majlis penutup Dialog Antarabangsa Lenggong 2026 (LiD’26) dan Pesta Makanan Tradisional Lenggong di Dataran Lenggong, di sini, pada Ahad. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 #SaaraniMohamad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini