Wanita mati dipercayai ditikam pekerja

IPOH – Seorang wanita ditemukan maut dipercayai ditikam pekerjanya di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, pada Khamis.

Mangsa yang maut dipercayai wanita warga tempatan dikenali sebagai Lee Siew Lean, 40, disyaki pemilik kedai berkenaan.

Dua lelaki dipercayai rakan kongsi dan pekerja mangsa turut cedera dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang maut dipercayai wanita warga tempatan dikenali sebagai Lee Siew Lean, 49, manakala teman lelaki dan suspek yang juga pekerja mangsa turut cedera dalam insiden itu.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri berkata, semakan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan tahanan reman. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI