Warga emas maut basikal bergesel treler sebelum digilis

TAPAH – Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah treler di Kilometer (KM) 68, Jalan Tapah-Kuala Lumpur, Bidor, di sini kira-kira jam 9.00 pagi pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa berusia 82 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan besi itu telah begesel dengan basikal yang dikayuh warga emas berkenaan sebelum digilis.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menunju ke arah Ipoh telah bergesel dengan basikal yang berada di titik buta sebelum mangsa digilis.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Tapah mendapati punca kematian disebabkan ‘Polytrauma Secondary To Motor Vehicle Accident’.

Mohd Naim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jala (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor P. Prathiparaj di talian 014- 6178095.

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu supaya kemalangan sebegini dapat dielakkan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial sebuah video berdurasi 34 saat yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah treler menggilis pengayuh basikal di hentian lampu isyarat di Bidor. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori makanan sejuk beku maut, rempuh belakang treler

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI