Pesara guru kerugian RM442,947 ditipu pelaburan tidak wujud

IPOH – Seorang pesara guru dari Taman Bercham Jaya, di sini, terpaksa menanggung kerugian hampir setengah juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita warga emas berusia 69 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ber ‘S4 pandangan baru terhadap kekayaan group’ yang menawarkan pelaburan wang pada Ogos tahun lalu.

Menurutnya, suspek yang berperanan sebagai pentadbir kumpulan telah menunjukkan cara-cara menyertai skim pelaburan ‘Accerx’ itu sehingga menarik minat mangsa.

“Pengadu telah memasukkan dana sebanyak 17 kali ke dalam 12 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM442,947.

“Namun, apabila pengadu ingin mengeluarkan wang keuntungan pelaburan suspek telah memintanya terus membuat pembayaran sebelum menyedari dirinya ditipu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusri mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial khususnya melalui aplikasi pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan tidak wujud dan telah membuat transaksi ke akaun keldai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

11 ditahan terlibat sindiket penipuan pelaburan kripto AI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI