KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.
Menerusi catatan di Facebook rasminya beliau kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahi beliau sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini.
Artikel berkaitan:
- Ahmad Zahid semakin baik selepas jalani prosedur pembedahan
- MGPerak: ‘Saya Berada Di Penghujung Perkhidmatan Ahli Parlimen’ – Ahmad Zahid
“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya.
Ahad lepas anak beliau, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.
— BERNAMA