Ahmad Zahid tidak sabar kembali bertugas, berikan terbaik

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.

Menerusi catatan di Facebook rasminya beliau kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahi beliau sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini.

Artikel berkaitan:

“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya.

Ahad lepas anak beliau, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.

— BERNAMA

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI