Aidiladha: Aliran trafik terkawal arah utara Perak

IPOH – Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Negeri Perak, terkawal walaupun bilangan kenderaan mulai meningkat pada petang menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Tinjauan MG Perak mendapati tidak berlaku kesesakan di mana-mana lokasi menghala ke arah utara khususnya melepasi kawasan Terowong Menora, setakat jam 8 malam tadi.

Walau bagaimanapun, difahamkan berlaku kesesakan lalu lintas melepasi plaza tol Tapah menghala ke Gopeng yang melibatkan laluan kira-kira sepanjang 26 kilometer (km).

Menurut PLUS Trafik melalui akaun media sosial X, berlaku kesesakan trafik membabitkan laluan itu, dan pada masa sama berlaku kemalangan di km 325.7 di laluan Gopeng ke Tapah arah Selatan.

Hari raya aidiladha aliran trafik lebuhraya PLUS arah utara
Keadaan aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, Ipoh bergerak lancar ketika tinjauan MG Perak berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam pada 17 Jun ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

“Laluan ‘Smart Lane’ di km 303.2 hingga km 297.0 arah utara dari Tapah ke Gopeng untuk kenderaan ringan telah dinyahaktifkan pada jam 7.53 petang.

“Susulan itu aliran trafik perlahan dan pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memandu dengan lebih berhati-hati,” katanya, pada Sabtu.

Sementara itu, PLUS Trafik turut memaklumkan, berlaku kemalangan di km 354.3 arah utara dari Slim River menghala ke Sungkai sehingga lorong kanan terpaksa ditutup pada jam 3.14 petang tadi.

Katanya, ia telah selesai dan lorong kanan telah dibuka pada jam 6.16 petang, namun trafik masih perlahan.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dilaporkan menjangkakan jumlah kenderaan yang akan menggunakan beberapa lebuh raya utama akan meningkat sehingga 2.52 juta sehari sempena sambutan Aidiladha. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Aidiladha: LLM jangka 2.52 juta kenderaan di lebuh raya utama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI