Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan menghantar wakil ke Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza serta Delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 dibuat susulan keperluan rundingan kompleks melibatkan kerajaan Mesir dan pihak tentera.
Kerajaan sedang meneliti secara menyeluruh implikasi dan keperluan terhadap cadangan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bagi meringankan beban rakyat termasuk golongan peniaga susulan konflik di Asia Barat yang masih berlarutan.
Penduduk di sekitar Lenggong menarik nafas lega apabila perkhidmatan bas henti-henti bagi laluan Kuala Kangsar–Lenggong–Gerik kembali beroperasi semula pada hari ini sekali gus memudahkan pergerakan harian masyarakat setempat.
Empat sekeluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam kejadian di Taman Sungai Mas, di sini minggu lalu.
Projek Hydro Life Extension Programme atau Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP) yang dilaksanakan di Stesen Janakuasa di Temengor, Bersia dan Kenering di sini meletakkan Perak di barisan hadapan dalam agenda peralihan Tenaga Boleh Baharu negara.
Pelaksanaan Projek Hydro Life Extension Programme (HLEP) yang melibatkan nilai pelaburan RM5.8 bilion oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tiga stesen hidroelektrik bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi setempat di sini.
Kejayaan pelajar memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuktikan kecemerlangan pendidikan di negeri Perak terus membanggakan.
Mahu mengubah nasib keluarga menjadi pembakar semangat buat Wan Aleya Batrisyia Meor Ruslan, 18 apabila berjaya memperoleh keputusan pelajar cemerlang dengan meraih 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.