B40 tolak subsidi haji, bantu lestari kewangan Tabung Haji

IPOH – Tindakan jemaah golongan B40 yang menolak pemberian subsidi untuk menunaikan haji tahun ini mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ini menunjukkan mereka memahami konsep istitha’ah (kemampuan untuk menunaikan haji) kerana memberi peluang kepada orang yang benar-benar layak menerima bantuan bersasar itu.

Menurutnya, langkah itu juga membantu kewangan pendeposit yang tiba giliran menunaikan haji, namun simpanan mereka masih belum mencukupi.

“Mereka sedar bahawa sebenarnya kewajipan haji itu hanya diwajibkan kepada yang berkemampuan (istitha’ah).

“Contohnya, bila dah sampai jumlah RM13,000 (mencukupi) untuk mereka menunaikan haji, mereka beranggapan tak perlu ambil subsidi yang ditawarkan.

“Jadi bila mereka tolak subsidi yang diberikan Tabung Haji, duit itu boleh digunakan untuk memberikan dividen kepada pendeposit-pendeposit lain,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan seramai 400 jemaah haji daripada kategori B40 menolak pemberian subsidi pada musim haji lalu, meskipun layak.

Terdahulu, Mohd Na’im menghadiri Program Rahmah Madani Bersama Mangsa Ribut di Tambun yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Putra pada Isnin.

Seramai 89 keluarga sekitar Tambun yang terjejas akibat ribut baru-baru ini menerima bantuan berjumlah lebih RM200,000 daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). – MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI