MGPerak: Bermula Modal RM40, Pekasam Ikan Sungai Tasik Raban Kak Lia Berjaya Tambat Hati Pelanggan

48

MESKIPUN serba kekurangan dan menghadapi pelbagai cabaran, pasangan suami isteri asnaf dari Kampung Padang Luas, Lenggong tetap tekad melangkah ke hadapan dalam mengharungi liku-liku dunia perniagaan dalam bergelar sebagai usahawan desa.

Peribahasa ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’ digenggam erat Jamaliah Ramli, 47 apabila perniagaan yang hanya bermula di dapur kecil di rumahnya kini berjaya berkembang dengan membuka kedai makan sendiri.

Ibu kepada 16 anak yang berasal dari Kampung Baru di Kuala Lumpur itu berkata, keputusan berhijrah ke Lenggong bersama suami Zulkifli Shaari, 50, kira-kira lapan tahun lalu tidak memudarkan minatnya dalam berniaga.

Mesra disapa ‘Kak Lia’, Jamaliah berkata, perniagaan kedai makan ‘Rumah Makan Ikan Sungai’ yang diusahakan sejak lebih setahun yang itu sebagai memberi peluang orang ramai merasai masakan kampung yang berasaskan kepada lauk ikan darat. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini