Banjir kilat: 67 mangsa ditempatkan di dua PPS

IPOH – Seramai 67 mangsa ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masing-masing di daerah Batang Padang dan Mualim akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Perak, pada malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 54 mangsa dari Kampung Klah Baru telah ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Sungai Klah, Bidor selepas ia dibuka pada jam 10.30 malam.

Menurutnya daripada jumlah itu ia merekodkan masing-masing 27 mangsa lelaki dan perempuan, membabitkan 11 keluarga kesemuanya.

Seramai 54 mangsa dari Kampung Klah Baru telah ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Sungai Klah, Bidor. – Foto JBPM Perak

“Sebuah PPS di Bidor telah dibuka dan menempatkan 54 orang mangsa. Setakat tengah malam tadi, keadaan cuaca hujan sudah mual berhenti, namun atas faktor keselamatan kesemua mangsa akan ditempatkan di PPS sehingga keadaan selamat dan banjir kilat surut,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Situasi banjir kilat di Trolak Pekan, malam tadi. Foto JBPM Perak
13 mangsa banjir kilat ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Trolak Pekan. – Foto JBPM Perak

Sementara itu katanya di Daerah Muallim, kejadian banjir kilat menjejaskan 13 mangsa di Trolak Pekan sehingga mereka ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Trolak Pekan.

Ujarnya, PPS yang mula dibuka pada jam 11 malam itu menempatkan tiga keluarga yang terdiri daripada tujuh mangsa lelaki dan enam perempuan. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI