Banjir kilat Gerik: 25 rumah dan empat rumah kedai dinaiki air

GERIK – Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan beberapa lokasi di parlimen ini mengalami banjir kilat hampir paras pinggang pada petang Isnin.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Perak dalam satu kenyataan berkata, lima kawasan di Gerik dikenal pasti dinaiki air berdasarkan tinjauan yang dijalankan.

Menurutnya lima lokasi banjir kilat berkenaan melibatkan Pekan Gerik, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Bendang Kerajaan dan Kampung Pecah Batu.

Ujarnya lagi, hasil pemantauan mendapai sebanyak 25 buah rumah dan empat buah rumah kedai dinaiki air akibat hujan lebat berkenaan.

“APM Hulu Perak menerima maklumat daripada orang awam pada jam 6.25 petang mengenai banjir yang berlaku di Pekan Gerik dan seramai empat anggota digerakkan ke lokasi bagi memantau dan membuat penilaian risiko kawasan banjir.

“Anggota APM Hulu Perak tiba di Pekan Gerik pada jam 6.30 petang dan hasil pemantauan dianggarkan terdapat empat buah rumah kedai dinaiki air,” katanya pada.

Mengulas lanjut PKOD APM Hulu Perak berkata, pasukan pemantau seterusnya menuju ke Kampung Tanjung kala untuk membuat pemantaun dan penilaian risiko banjir.

“Setibanya dilokasi terdapat 12 buah rumah dinaiki air dan pasukan pemantau kedua kemudiannya menuju ke Kampung Ulu kenderong untuk membuat pemantauan seterusnya.

“Setibanya di lokasi terdapat 13 buah rumah yang dinaiki air dan APM akan terus mengemaskini laporan banjir dari masa ke semasa,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir meningkat 324 orang, Hulu Perak daerah terbaharu terjejas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI