Belanjawan Perak 2024: Bantuan bulanan JKM dinaikkan RM400

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM384.1 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif Kesejahteraan Rakyat menerusi Belanjawan Perak 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha berkenaan untuk mengupayakan sara diri, membangunkan potensi dan kapasiti rakyat bagi mengharungi cabaran kehidupan.

Katanya, untuk itu sebanyak RM42.8 juta diperuntukkan bagi aspek kesejahteraan masyarakat dan RM33.6 juta Bantuan Am diperuntukkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Memahami ketidaktentuan iklim ekonomi yang menekan kehidupan rakyat marhaen lantaran peningkatan kos sara hidup, sukacita saya mengumumkan, kadar semasa bantuan RM300 sebulan yang telah memberi manfaat kepada 6,600 penerima sehingga Oktober lalu akan dinaikkan kepada RM400 sebulan iaitu kenaikan RM100 mulai Januari 2024.

“Untuk makluman, program tersebut sebelum ini diurus tadbir berdasarkan kepada syarat kelayakan semasa iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan Isi Rumah 2019 RM1,169 atau PGK Makanan Per Kapita 2019 RM310,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Tambah Saarani, kerajaan negeri juga bersetuju agar syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Kewangan yang dikendalikan oleh JKM akan menggunapakai kadar PGK Makanan Isi Rumah 2023 iaitu RM1,198 sebulan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI