Belanjawan Perak 2024: Hampir RM1 juta untuk kukuh potensi belia

IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan hampir RM1 juta bagi memperkukuh dan menyerlahkan potensi belia sebagai penggerak pembangunan negara melalui Belanjawan Perak 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM400,000 diperuntukkan masing-masing bagi Program Pembangunan Belia, dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, selain itu sebanyak RM180,000 diperuntukkan bagi Program Santai Anak Muda iaitu program baharu untuk mendekati golongan belia dalam perspektif yang berbeza.

Pada masa sama, Saarani berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.4 juta kepada Institut Darul Ridzuan (IDR) bagi tujuan pengoperasian dan pelaksanaan program atau projek yang menyokong dasar Perak Sejahtera 2030.

“Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak akan ditambah baik dengan memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan perkhidmatan secara digital kepada rakyat Perak untuk merungkai ilmu global secara pantas dan berkesan, serta menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM8.5 juta di bawah Belanja Mengurus kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri untuk tujuan operasi dan RM3.0 juta di bawah Belanja Pembangunan.

“Ia meliputi Projek Menaiktaraf Fizikal dan Kemudahan Perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perak (Perpustakaan Digital), Menaiktaraf dan Pembaikan Bumbung Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Blok Utama Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Pendawaian Elektrik di Perpustakaan Awam Cawangan Taiping,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Di samping itu, Saarani berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM3 juta kepada People of Remarkable Talent (PORT) bagi menyokong pembangunan industri kreatif dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni.

“Tidak dilupakan, usaha-usaha untuk memupuk gaya hidup sihat seperti yang turut digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Untuk itu, kerajaan negeri menyediakan RM0.2 juta untuk pelbagai program kesihatan dan iRM0.25 juta pula diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai program kesatuan sekerja,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI