Bomba guna 1.2 tan metrik serbuk kayu bersih tumpahan minyak

TAPAH – Pasukan bomba menggunakan sebanyak 1.2 tan metrik serbuk kayu bagi membersihkan kesan tumpahan minyak sawit mentah di Kilometer 348.2 Lebuh Raya Utara – Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Bidor pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 12.52 tengah hari.

“Ketika tiba dilokasi didapati berlaku kejadian tumpahan minyak dari sebuah treler yang membawa muatan minyak sawit mentah 45 tan metrik mengalami kebocoran selepas dilanggar sebuah lori lain,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan jalan masih diteruskan dengan bantuan syarikat UEM Edgenta Berhad,“ ujarnya.

Katanya, operasi tamat jam 2.44 petang.

Sementara itu, PLUS menerusi hantaran di X memaklumkan setakat jam 2.59 petang tadi, kerja pembersihan dan penundaan kenderaan terbabit kemalangan masih sedang dijalankan.

“Lorong kanan dan kiri ditutup, namun masih boleh dilalui secara berselang seli,” jelasnya. – MG PerakBBP

Artikel Berkaitan:

Sesak 18 km lori kontena bawa minyak masak mentah terbalik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI