Foto - Page 22

Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Persidangan DUN Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat pada istiadat pembukaan rasmi persidangan Mesyuarat Pertama Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-15, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 FEBRUARI 2024.

Warna-Warni 150,000 Bunga Ros, Tulip dan Padi #PestaFloraBerlampu

Pengunjung tidak melepaskan peluang berswafoto berlatar belakangkan kuntum bunga ros bercahaya penuh berwarna-warni yang menerangi kawasan malam di Silverlakes Village Outlet (SVO), Batu Gajah bersempena Pesta Flora Berlampu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 FEBRUARI 2024.

Suasana Pilu Selubungi Pengebumian Jenazah Tiga Beradik

Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, tidak dapat menahan sebak ketika pengebumian ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia dalam kejadian kepala air di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.

Tragedi Kepala Air di Sungai Kenjur

Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, menunjukkan antara barangan dipercayai dimiliki dua anak saudaranya dikhuatiri masih hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Operasi Mencari Baki PATI Lolos Diteruskan #PDRM

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama anggota RELA ketika Op Kesan mencari pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di Kampung Sungai Kenoh Tapah, Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2024.

Sebahagian PATI Yang Merusuh dan Lolos Dicekup

Empat daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 3:30 petang tadi, berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

Enggang Liar Di Pangkor Jinak Dengar Siulan Pak Din

LUMUT – Dengar sahaja siulan Nordin Bakar, 68, atau dikenali sebagai Pak Din membuatkan lebih 30 ekor enggang liar yang berada di Pulau Pangkor...

Rezeki MR Kavadi #Thaipusam

Pembuat Kavadi melakukan kerja-kerja menyiapkan kavadi yang di tempah pelanggannya sejak Jun tahun lalu menjelang sambutan Thaipusam di bengkelnya di Taman Rishah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 JANUARI 2024.

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak